Tuesday, November 2, 2010

Pengalaman

Aku teringat seluruh pengalaman di sebuah sekolah yang sudah menjadikan saya seorang murid yang bijak.

Namaku Muhammad Rizqan dari sekolah rendah Zhenghua.Sudah enam tahun ku berada di sekolah ini.Saya sudah tamat peperiksaan PSLE . Saya sedang tunggu keputusan yang mendebarkan itu.

Inilah pengalamanku di Zhenghua......


Darjah 1

Aku pergi ke sekolah dengan perasaan yang gementar kerana inilah hari pertamaku di sekolah rendah. Aku dipimpin oleh ibuku tersayang.Di pagar sekolah aku tidak mahu meninggalkan ibuku walaupun sudah banyak kali aku meninggalkannya di pra-sekolah. Tetapi apabila sudah masuk kelas, aku menyedari yang sekolah rendah tidak seburuk yang ku sangkakan. Kerana saya mempunyai mulut yang ringan, aku telah menjadi kawan rapat dengan seorang teman sekelas bernama Joel.

Darjah 2

Aku masih dihantar ke sekolah oleh ibuku tersayang. Selepas beberapa mingggu di situ, disiplin master sekolah mula melantik pengawas sekolah. Aku dilantik oleh cikguku kerana aku Seorang yang peramah. Dia juga melantikku menjadi 'PE rep' dan ketua darjah. Aku mempunyai tanggung jawab yang sangat berat. Nasibku baik kerana cikguku mula menyadari yang dia telah memberikan terlalu banyak tanggung jawab. Dia lalu menukar ketua darjah.


No comments:

Post a Comment